Isnin, 15 Disember 2014

MY STORY


Assalammuailaikum.....

Alhamdulilah,setelah tamat pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Teknologi Perakaunan di Kolej Yayasan Melaka kerjasama dengan UTM, saya mendapat tawaran bekerja di industri perbankan.Sebenarnya itulah impian saya sejak sekolah menengah lagi.Saya bersyukur juga mempunyai suami yang baik hati dan anak-anak yang comel dan cerdik.Pada waktu yang sama ,saya mempunyai  perniagaan bersama SHAKLEE dimana niat dan naluri saya adalah memang suka membantu dan menambah nilai hidup setiap insan.

TETAPI,jika bukan pengorbanan emak siapalah saya sekarang ini.Asalnya saya hanyalah anak seorang peneroka Felda yang tinggal jauh dari bandar.Saya dibesarkan dengan keluarga yang sederhana.Cukup-cukup makan sahaja.Ketika itu,abah mempunyai perniagaan kedai runcit,tetapi sekejap sahaja kerana abah tidak fokus dalam perniagaan.Abah selalu keluar ke bandar menjalankan perniagaan lain.Emak lah yang gigih mengendalikan kedai runcit dan sebelah malam pula emak mengambil upah menjahit baju  hingga ke larut malam.

Emak saya memang seorang yang tabah dalam mengharungi kehidupan yang penuh mencabar.Abah sanggup melukakan perasaan emak dengan mengahwini perempuan lain tanpa pengetahuan kami sekeluarga.Luluh hati seorang perempuan bila tahu orang yang disayang mengecewakan hatinya.Sampai hati abah mengecewakan kami sekeluarga.Saya juga tidak menyangka abah yang penyayang sanggup buat kami adik beradik hilang kepercayaan terhadapnya.

Dia langsung tidak mengendahkan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga.Emak lah yang memikul tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga,ayah,ibu sejak saya kecil hinggalah saya berjaya sehingga kini.Ya Allah sungguh besar dugaan emak.Rasanya jika saya ditempatnya, saya tidak se tabah emak.

Dan suatu hari abah jatuh sakit kerana komplikasi kencing manisnya.Yang menjadi risau dan bimbang  ialah kami sekeluarga.Kami adik beradik yang ulang alik ke hospital bergilir-gilir menjaganya.Walaupun dia pernah melukakan hati kami sekeluarga,dia tetap abah kami.Kami sebagai anak masih menghormatinya sebagai ayah.

Kaki abah tidak boleh berjalan disebabkan darah beku dan membengkak.

Mungkin juga ini balasannya yang dilakukan terhadap kami sekeluarga.Tapi kami redha.Seminggu juga abah terlantar di hospital.Pihak hospital hanya memberi ubat tahan sakit dan ubat mencairkan darah.Dalam masa yang sama,saya juga memberi abah supplemen shaklee iaitu Vivix,omega guard dan coqhealth seperti yang disarankan oleh Dr Malinda.Alhamdulilah selama seminggu,emak  konsisten memberi supplemen , abah kembali sihat seperti biasa.

Walaupun ketika waktu sihatnya,abah langsung tidak menghiraukan tanggungjawabnya, saya tetap mentaati abah.

Saya mula jatuh hati dengan SHAKLEE dan mengambilnya sekali lagi ketika berpantangkan anak kedua.Ketika itu, saya mengambil set bajet sahaja iaitu
bcomplex,zinc dan bvitalea.Alhamdulilah selama 2 bulan saya mengambilnya secara konsisten,terdapat perubahan yang ketara kepada diri saya.Rambut tidak lagi gugur dan melekat di sikat, kuku cantik berseri dan badan bertenaga setiap hari berpantang.

Selepas habis berpantang, saya mendaftar ke seminar Industri Jutawan Industri oleh Dr.Azizan Osman di Kuala Lumpur.Ketika itu,Dr Malinda asal dari Kluang,Johor salah seorang 'hot seat' yang telah berjaya dalam perniagaan SHAKLEE berkongsi kejayaan bersama kami.Sejak dari itu,saya terus mendaftar ahli SHAKLEE di bawah bimbingan Dr Malinda dan Master Saiful Nizam.

Alhamdulilah, saya terus diberi kekuatan bersama SHAKLEE dan menempuh segala dugaannya.

Saya jatuh hati kepadanya kerana  ia memberi perubahan kepada kami sekeluarga.Anak saya yang pertama kerap demam sebelum usianya setahun, sembelit, sukar makan dan banyak virus kutu hinggap di kepalanya.Manakala suami pula kerap selsema  dan kadangkala sakit dada.Saya tidak sanggup melihat kesakitan mereka.Biarlah mahal,asalkan kesihatan mereka terjamin.Sejak itu, saya memberi Mealshake kepada anak pertama manakala suami saya sediakan air esp untuknya setiap pagi.Alhamdulilah dengan usaha dan izinnya,suami dan anak kembali sihat seperti biasa.

Saya menjadi lebih kuat dan kental bersama SHAKLEE adalah keluarga.Setelah bekerja makan gaji dan lambakan kerja, saya tidak mempunyai masa bersama anak-anak dan ahli keluarga.Selain itu, masalah kewangan keluarga kami tidak stabil.Saya tidak dapat memenuhi kehendak anak-anak dan tidak mampu memberi wang setiap bulan kepada emak.Harga barang naik, menguatkan saya untuk mencari pendapatan tambahan untuk membantu suami.

Disamping itu, saya juga mempunyai aliran darah berniaga seperti abah dan suka membantu insan lain.Info yang saya telah ketahui saya akan berkongsi dengan mereka yang memerlukan.Itu lagi menambahkan kekuatan untuk saya terus berjuang dalam perniagaan SHAKLEE.

Saya merasa gembira kerana disamping saya dapat menambah nilai hidup insan lain, saya juga dapat menambah ekonomi keluarga kami.


Kini, saya sedang mencari 10 orang atau lebih yang inginkan perundingan 100% percuma dari saya.
Saya ingin membantu sesiapa sahaja yang ingin,memperbaiki tahap kesihatan mereka ,ingin memulakan perniagaan SHAKLEE dan membina lebih banyak kejayaan mereka.

Hubungi / sms / whatssap to 017-7330373

Atau like dan Jemput ke 'kedai alam maya" saya di 
Tip SIHAT DAN Cantik

Salam kejayaan.

Nor Shahidah Patoni
Pengedar sah SHAKLEE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan