Ahad, 24 Januari 2016
EMOSI TERGANGGU
ISNIN, 25 JANUARI 2016
Hari ini hari isnin,shida ambil cuti tahun.Mengikut perancangan shida hendak pergi ke bank rakyat atas urusan individu, kemudian pergi ke Perpustakaan Awam untuk bertemu rakan bisnes.
Tetapi itu hanyalah perancangan sahaja.Tiba tiba bertukar menjadi takut apabila jiran sebelah whatssap memberitahu dia juga pernah terhidu asap rokok di belakang rumah.Dia sangka suami shida,tapi suami shida sudah lama tak hisap rokok.
Baru-baru ini,shida ada juga terbau asap rokok,ingatkan jiran sebelah juga.Rupanya salah sangkaan kami.SIAPAKAH MEREKA DAN APA TUJUAN MEREKA.
DAN yang paling MENAKUTKAN Shida,malam tadi terdengar kayu jatuh di belakang rumah.Nak jenguk takut.Biarkan sahaja.
Setiap hari selepas solat selalu doa dijauhkan dari segala bala dan malapetaka,dijauhkan dari godaan iblis dan syaitan
Semoga DIA mendengar setiap rintihan hambaNYA yang meminta perlindungan
YA ALLAH,LINDUNGILAH KAMI DI BUMI PINJAMAN MU YA ALLAH.
KAU BERIKAN HIDAYAT KEPADA MANUSIA BERNAMA MANUSIA SUPAYA BERUBAH.
AKU,SHIDA YANG BERANI-BERANI TAKUT SEBENARNYA..
Langgan:
Catatan (Atom)