Ahad, 24 Januari 2016

EMOSI TERGANGGU


ISNIN, 25 JANUARI 2016


Hari ini hari isnin,shida ambil cuti tahun.Mengikut perancangan shida hendak pergi ke bank rakyat atas urusan individu, kemudian pergi ke Perpustakaan Awam untuk bertemu rakan bisnes.


Tetapi itu hanyalah perancangan sahaja.Tiba tiba bertukar menjadi takut apabila jiran sebelah whatssap memberitahu dia juga pernah terhidu asap rokok di belakang rumah.Dia sangka suami shida,tapi suami shida sudah lama tak hisap rokok.

Baru-baru ini,shida ada juga terbau asap rokok,ingatkan jiran sebelah juga.Rupanya salah sangkaan kami.SIAPAKAH MEREKA DAN APA TUJUAN MEREKA.

DAN yang paling MENAKUTKAN Shida,malam tadi terdengar kayu jatuh di belakang rumah.Nak jenguk takut.Biarkan sahaja.

Setiap hari selepas solat selalu doa dijauhkan dari segala bala dan malapetaka,dijauhkan dari godaan iblis dan syaitan

Semoga DIA mendengar setiap rintihan hambaNYA yang meminta perlindungan

YA ALLAH,LINDUNGILAH KAMI DI BUMI PINJAMAN MU YA ALLAH.

KAU BERIKAN HIDAYAT KEPADA MANUSIA BERNAMA MANUSIA SUPAYA BERUBAH.






AKU,SHIDA YANG BERANI-BERANI TAKUT SEBENARNYA..


Sabtu, 26 September 2015

Sabtu dan Ahad adalah cuti hujung minggu yang perlu dimanfaatkan.

Pagi sabtu, aku terus mengambil kasut sekolah anak untuk dibasuh.

Aku merendam dengan menggunakan pencuci serbaguna,BASIC H SHAKLEE.Kemudian aku biarkan seketika dalam beberapa minit.

Jumaat, 18 September 2015

SARAPAN RINGKAS

TEKS: NOR SHAHIDAH BINTI PATONI

Rutin setiap hari samada bekerja atau bercuti, enam pagi sudah ku bangun.Aku terus mencuci muka dan berkumur.

Kemudian aku terus menyediakan sarapan segera iaitu  minuman soya shaklee.

Aku akan 'shake' esp + mealshake + performance drink + air kosong sehingga mesra barulah aku minum.

Sementara untuk aku sampai ke tempat kerja pada pukul 8.30 pagi, banyak kerja yang perlu diselesaikan di rumah.

Sesampainya di opis pada pukul 8.30 pagi, perutku masih kenyang dan tidak berkeroncong meminta makanan.

Aku terus membuat kerja seperti biasa sehingga tiba waktu  makan tengahari.

Aku sarankan pada kawan-kawan di luar sana jika hendak diet, boleh ambil esp iaitu minuman soya yang asli.

JIka ikutkan memang banyak kesannya bila  konsisten mengambilnya, antaranya ESP mengenyangkan, memberi tenaga, menurunkan paras kolestrol, menambahkan susu badan ibu menyusu, kulit mulus dan bersih.

Semua dalam satu manfaatnya, jika kita mengambilnya  setiap hari dan di tambah dengan Vitamin C dan Vitamin E.

Kawan-kawan pasti hendah mengetahui apa itu Vitamin C dan Vitamin E kan.

Ok lah nanti akanku kongsikan manfaatnya di hari yang lain ye.






Ahad, 16 Ogos 2015

HERBLAX SHAKLEE

KENAPA HERBLAX SHAKLEE ISTIMEWA DARI YANG LAIN ?


  • Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.
  • Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves,senna leaves,anise seed, blues malvaflower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culvers root.
  •  Sifatnya yang menggalakkan tindakan  pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. 

APAKAH MANFAATNYA ?

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu Masalah Sembelit
  • Mengempiskan Perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

BAGAIMANAKAH CARA PENGAMBILANNYA ?

Untuk kesihatan berpanjangan 

2 x seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur

Untuk pembersihan usus @ detoks, melawan kanser atau mengawal berat badan:

 2x sehari - 3 biji seriap kali
 ( selepas makan dan sebelum tidur )

BERAPA HARGA SEBOTOL HERBLAX SHAKLEE? 

HARGa rm55/botol - 120 tablets

harga boleh nego jika serius nak.

DIMANAKAH HERBLAX SHAKLEE BOLEH DIDAPATI ?


  1. TELEFON 017-7330373
  2. WHATSSAP 017-7330373 @ 019-7100373
  3. WALK IN TERUS KE BUTIK AWANA KLUANG ATAU BUTIK PESONA ERINA KLUANG






 




 


Sabtu, 15 Ogos 2015

KUCING ADALAH TERAPI

TEKS: NOR SHAHIDAH BINTI PATONI

Pagi semalam,sampai sahaja di tempat kerja ,aku dan  kawan sekerja ternampak anak kucing yang sangat lemah berada di depan ofis kami.

Kami merasa kasihan dengan keadaannya, lalu kami membawa masuk kucing itu ke dalam ofis.Kemudian aku segera mengambil kotak kosong dan tempatkan dia ke dalam kotak tersebut.

Disamping itu, aku meminta tolong cleaner ofis untuk membelikan susu dutch lady plain untuk diberikan kepadanya.

Setelah aku letakkan dia ke dalam kotak tersebut,dia terus tidur lena di dalam kotak yang beralaskan kertas yang dihancurkan dan diselimuti dengan tisu.

Alangkah bahagianya keadaan dia ketika itu,kerana semua kawan-kawan sekerja menyayanginya.

Bila waktu lunch, aku segera mendapatkan dia untuk melihat keadaannya.Tetapi, dia berada dalam keadaan sangat lemah dan tidak bertenaga.Aku cuba berikannya susu,tetapi dia tidak pandai menjilat.Kasihannya.Aku juga menggunakan straw dan beri kepadanya,dapatlah dia merasa sedikit.

Selepas itu, aku mengangkat dari tempat tidurnya dan letakkan di lantai, tetapi amat menyedihkan dia tidak bermaya untuk berjalan.

Berapa hari agaknya dia sudah berjalan mengelilingi bandar di tempat aku bekerja, fikirku.

Kasihannya dia  dipisahkan dari ibunya dan masih memerlukan belaian kasih ibu.

Bila sudah habis waktu bekerja, aku membawanya pulang ke rumah.Anak- anak ku memang suka dengan haiwan peliharaan Nabi Muhammad swt itu dan mereka terkejut dengan kehadiran kucing tersebut.

Suami dan anak-anakku terkejut kerana, aku yang tidak suka dengan  kucing,boleh membawa pulang ke rumah.Pelbagai soalan anak sulungku bertanya seakan tidak percaya dengan tindakan aku.
Antaranya, " ibu yang bawak ke kucing tu" , " dari mana kucing tu datang bu".

Anak- anak sangat teruja dengan kehadirannya dengan ajak  bermain tetapi dia hanya tidur semalaman. Niat hatiku memang hendak membawa dia ke klinik pada esok hari, tetapi tidak kesampaian.

Pada pukul 1 pagi, suamiku memberitahu bahawa kucing itu telah mati. Sedih juga rasa hati sebab tidak dapat menjaganya dan anak- anak kecilku pasti sedih akan kehilangannya.

Suamiku membawa keluar kucing itu ke tempat kerjanya untuk ditanam.

Aku pasti esok,mereka akan mencari kucing itu.









Jumaat, 6 Februari 2015

CHEWABLE VITAMIN C

Vitamin C memainkan peranan penting dalam memelihara kandungan antioksidan semulajadi tubuh dan juga penting untuk tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan yang baik.  Vitamin C tambahan diperlukan bagi ibu-ibu mengandung dan yang sedang menyusukan bayi di mana diet harian sahaja tidak mampu memberikan vitamin C yang mencukupi. Chewable Vita-C dengan rasa limau dapat menyediakan vitamin C setara 1½ buah oren.  Ia ideal juga untuk kanak-kanak atau sesiapa sahaja yang 

 

OSTEMATRIX SHAKLEE

Kebiasaannya bila period datang setiap bulan,tanda-tanda yang keluar hanyalah jerawat sebutir atau dua butir di muka.Selepas itu selera makan bertambah.

Tetapi kali ini sebelum period jerawat, timbul di pipi.Manakala ketika period,badan rasa sengal-sengal satu badan,badan rasa hendak demam,rasa loya dan rasa hendak muntah.

Fikiran hanya memikirkan bantal dan tilam sahaja,sedangkan ketika keadaan begitu, saya berada di dalam pejabat kerja.Selepas waktu makan tengahari, saya mengambil sebiji vitamin C Shaklee.Apabila tiba waktu pulang,saya meminta izin untuk pulang awal dari waktu sebenar.

Dalam perjalanan hendak pulang ke rumah,badan merasa tidak selesa dan hendak muntah.

Sesampai sahaja di rumah, terus sahaja mendamparkan badan di atas katil selama satu jam.
Saya juga meminta suami untuk mengurut,tapi hanya sekejap sahaja rasa hilangnya.

Walaupun badan tidak sihat,tetapi gagahkan juga untuk menyediakan makan malam.Sebelum tidur, saya mengambil 3 biji OSTEMATRIX SHAKLEE yang berfungsi sebagai mengilangkan rasa sengal-sengal badan dan sebagai penyerapan kalsium dalam badan.

Alhamdulilah, keesokan paginya badan rasa selesa seperti biasa.Hanya tinggal selsema dan batuk.Maka saya teruskan juga pengambilan vitamin C dan omega guard serta set keluarga Shaklee.

Dan sukacitanya, saya berjaya tidak mengambil ubat-ubatan di Klinik.Saya lebih selesa mendapat nutrisi 100% dari sumber semulajadi.

Pada bulan februari 2015,ostematrix shaklee ada menawarkan harga promosi.

Jika berminat , boleh terus menghubungi saya di 017-7330373

SAYA SIHAT, AWAK SIHAT, SEMUA SIHAT