Ahad, 16 Ogos 2015

HERBLAX SHAKLEE

KENAPA HERBLAX SHAKLEE ISTIMEWA DARI YANG LAIN ?


  • Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat.
  • Ia mengandungi 9 herba semulajadi iaitu alfafa leaves,senna leaves,anise seed, blues malvaflower, buckhorn bark, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culvers root.
  •  Sifatnya yang menggalakkan tindakan  pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang. 

APAKAH MANFAATNYA ?

  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu Masalah Sembelit
  • Mengempiskan Perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut.Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas sebagai minuman teh herba.

BAGAIMANAKAH CARA PENGAMBILANNYA ?

Untuk kesihatan berpanjangan 

2 x seminggu - 4 biji setiap kali sebelum tidur

Untuk pembersihan usus @ detoks, melawan kanser atau mengawal berat badan:

 2x sehari - 3 biji seriap kali
 ( selepas makan dan sebelum tidur )

BERAPA HARGA SEBOTOL HERBLAX SHAKLEE? 

HARGa rm55/botol - 120 tablets

harga boleh nego jika serius nak.

DIMANAKAH HERBLAX SHAKLEE BOLEH DIDAPATI ?


  1. TELEFON 017-7330373
  2. WHATSSAP 017-7330373 @ 019-7100373
  3. WALK IN TERUS KE BUTIK AWANA KLUANG ATAU BUTIK PESONA ERINA KLUANG






 




 


Sabtu, 15 Ogos 2015

KUCING ADALAH TERAPI

TEKS: NOR SHAHIDAH BINTI PATONI

Pagi semalam,sampai sahaja di tempat kerja ,aku dan  kawan sekerja ternampak anak kucing yang sangat lemah berada di depan ofis kami.

Kami merasa kasihan dengan keadaannya, lalu kami membawa masuk kucing itu ke dalam ofis.Kemudian aku segera mengambil kotak kosong dan tempatkan dia ke dalam kotak tersebut.

Disamping itu, aku meminta tolong cleaner ofis untuk membelikan susu dutch lady plain untuk diberikan kepadanya.

Setelah aku letakkan dia ke dalam kotak tersebut,dia terus tidur lena di dalam kotak yang beralaskan kertas yang dihancurkan dan diselimuti dengan tisu.

Alangkah bahagianya keadaan dia ketika itu,kerana semua kawan-kawan sekerja menyayanginya.

Bila waktu lunch, aku segera mendapatkan dia untuk melihat keadaannya.Tetapi, dia berada dalam keadaan sangat lemah dan tidak bertenaga.Aku cuba berikannya susu,tetapi dia tidak pandai menjilat.Kasihannya.Aku juga menggunakan straw dan beri kepadanya,dapatlah dia merasa sedikit.

Selepas itu, aku mengangkat dari tempat tidurnya dan letakkan di lantai, tetapi amat menyedihkan dia tidak bermaya untuk berjalan.

Berapa hari agaknya dia sudah berjalan mengelilingi bandar di tempat aku bekerja, fikirku.

Kasihannya dia  dipisahkan dari ibunya dan masih memerlukan belaian kasih ibu.

Bila sudah habis waktu bekerja, aku membawanya pulang ke rumah.Anak- anak ku memang suka dengan haiwan peliharaan Nabi Muhammad swt itu dan mereka terkejut dengan kehadiran kucing tersebut.

Suami dan anak-anakku terkejut kerana, aku yang tidak suka dengan  kucing,boleh membawa pulang ke rumah.Pelbagai soalan anak sulungku bertanya seakan tidak percaya dengan tindakan aku.
Antaranya, " ibu yang bawak ke kucing tu" , " dari mana kucing tu datang bu".

Anak- anak sangat teruja dengan kehadirannya dengan ajak  bermain tetapi dia hanya tidur semalaman. Niat hatiku memang hendak membawa dia ke klinik pada esok hari, tetapi tidak kesampaian.

Pada pukul 1 pagi, suamiku memberitahu bahawa kucing itu telah mati. Sedih juga rasa hati sebab tidak dapat menjaganya dan anak- anak kecilku pasti sedih akan kehilangannya.

Suamiku membawa keluar kucing itu ke tempat kerjanya untuk ditanam.

Aku pasti esok,mereka akan mencari kucing itu.